Monday, October 25, 2004

Hardcore Triple Threat Match

Aku sudah diingatkan. Malah sudah diberi amaran. Aku dikatakan seperti menggali kubur sendiri. Tapi oleh kerana kedegilan mengatasi segala-galanya, maka aku akan teruskan juga tulisan ini. Otai ke petai ke, pedulik hapa aku!!

Kalau ada yang mengharapkan aku memuji jurnalis-jurnalis ini tinggi melangit, suka aku katakan di sini, korang tersilap perhitungan. Aku akan menghakimi mereka ini seadil dan sejujur mungkin. Kalau ada kritikan yang pahit, anggaplah macam ubat. Kalau ada pujian, harapnya pujian aku tidak membawa rebah.

Siapa pemain-pemain kita hari ni?!

Rudy, Fajar dan Mat Jan akan aku campakkan dalam satu gelanggang. Mereka akan bertarung dalam Hardcore Triple Threat Match.

Di antara mereka ini, siapakah yang akan terhumban keluar dari gelanggang? Siapa yang akan bertahan hingga ke akhir zaman akhir permainan?

Tunggu dan lihat sendiri.

Friday, October 22, 2004

kenangan bersama GJ

ya, aku kembali lagi.

tapi bukan kembali dari pertapaan. ilmu di dada masih lagi seperti dulu. tidak banyak yang bertambah. aku masih belum mampu melonjak setinggi pokok kelapa atau melompat selincah kucing dari satu atap rumah ke atap rumah yang lain. kalau dipancung, kepala aku masih boleh bercerai dari badan.

rambut aku masih lagi hitam, dan belum dikaratkan oleh warna emas. mata aku tidak berubah warna ke warna biru atau hijau. dan telinga aku pun masih macam kali terakhir kau jumpa aku. dan ya. aku percaya, gigitan aku masih mampu memberi kesan, taring masih belum patah, bisa di lidah masih belum hilang.

walaupun ada yang mengatakan ramai yang tak berapa berkenan, tapi yang pentingnya, aku masih lagi jujur pada diri sendiri. dan tentulah yang paling bermakna, aku masih lagi aku. jiGO anak pak Morrison.



aku masih bujang lagi waktu ni. rambut pun masih lagi panjang. pertama kali jumpa Tok Rimau, Spyz, Mat Jan dan kengkawan lain. mon-mon rimau masih lagi kecil. begitu juga anak-anak spyz. najmi anak p-nut tarik janggut aku macam badang tarik janggut jin.



aku tak attend gathering ni. balik JB, mengubat hati yang luka.



aku duduk mencangkung sebelah najmi. aku ajar najmi lambai-lambai kamera. wife aku kat belakang berbual mesra dengan p-nut. anak-anak spyz dan rimau dah besar sikit dan semakin bijak.



aku tak dapat datang.
wife aku keluar masuk hospital. atau mungkin aku kena kerja. atau kedua-duanya sekali.



sila lihat jawapan di atas.

foto-foto di atas dicuri dari Geng Jurnal

Tuesday, October 12, 2004

betina

dulu aku dah tulis pasal 'jantan'.

'jantan' bukanlah satu panggilan yang hina bagi lelaki. kalau nak hina lelaki dengan panggilan 'jantan' juga, terpaksalah gabungkan dengan kata-kata nama keji yang lain contohnya 'jalang' atau 'sundal'. jadilah ia 'jantan jalang' atau 'jantan sundal'. tapi kesannya sebenarnya masihlah tidak menyakitkan hati.

tapi cubalah panggil mana-mana pompuan dengan panggilan 'betina' dan tengok reaksinya. tak perlu nak ditambah lagi dengan perkataan 'sundal' atau 'jalang' kerana ia memang sudah cukup menyakitkan hati. ia perkataan yang boleh berdiri sendiri tanpa disandarkan dengan kata nama yang lain. 'betina' itu sendiri sudah memberi konotasi yang jijik pada si pemakainya.

oleh itu, kalau mahu tetap dipanggil pompuan, berakhlaklah seperti pompuan. jangan sampai digelar 'betina'. atau sebenarnya kau lebih selesa kalau bergelar 'sundal' atau 'jalang'?

Monday, October 11, 2004

odd couple

"Irwan cakap Ezura tu tak lawa? Ish.. Ezura tu lawa la. Kalau diorang keluar berdua macam Beauty and the Beast. Orang tertanya-tanya camne pompuan tu boleh suka dengan lelaki buruk camtu."

"Kalau kita keluar dua pulak?"

"Orang cakap kita sepadan. Sebab sorang gemuk, sorang buruk."

I love her sense of humour. No, I don't make mistake of marrying her.

Friday, October 08, 2004

perihal kerja dan gaji

salah sorang boss yang sederhana besarnya mengadu yang dia masih belum mendapat gaji lagi. mulanya kami bersimpati juga dengan dia.

maklumlah, dengan hanya RM10 di dalam poket, masih juga dikerah untuk ke sana sini oleh boss yang lebih besar sikit. minyak perlu diisi. toll perlu dibayar. mana ada yang percuma kalau nak kena berjalan ke luar membuat sales and marketing?

semalam, sorang lagi boss yang sederhana besar datang berjumpa aku. dia menceritakan padaku hal-hal syarikat yang aku dah nampak tapi tak berapa ambil tahu.

"macam mana kerja?" dia bertanya.

"huru-hara la sekarang ni. tapi kira ok la. masih boleh cope lagi."

"ada dua je, Gom. kalau dah huru-hara, camne kau boleh cakap ok plak?"

dan bermula dari situ, kisah di sebalik syarikat ditelanjangkan satu persatu. antara yang menarik, "kau tau Gom, boss-boss ni semua untuk bulan ni belum dapat gaji."

fuh! nasib baik gaji-gaji staff masih juga dapat dibayar walaupun boss-boss yang sederhana besar ni sudah hampir tercekik. ye la! kalau gaji lima atau enam ribu sebulan pun, tapi kalau sudah masuk minggu kedua dan poket masih belum terisi lagi, boleh sangap juga jadinya beb!! biarlah gaji cuma seribu dua, tapi kalau dapat tepat pada masanya boleh la bernafas gak.

"tapi aku took it positively la, Gom. i took myself as a business owner. i'm not the one yang makan gaji, instead am the one who is responsible to pay others' salary. kalau tak ada duit nak bayar gaji, aku la yang kena keluar cari duit. takkan aku nak duduk nganga dan tunggu orang suap aku lagi?"

"kalau nak kira, Gom. boss yang besar sikit tu tak berapa puas hati dengan performance staff semenjak dua menjak ni. in times like this, even a small mistake is unforgivable. no matter how hardworking you are, but if you don't show any good results then it's nothing."

dan akhirnya dia menunjukkan aku jalan untuk keluar.

"jangan risau, i'll maintain whatever you get at this moment. i'll advise you on how to exit soon. kau fikir la dulu. aku bagi masa."

this ain't about back-stabbing, this is about survival. my survival! this ain't about disloyalty, but i gotta to do what i gotta do no matter it takes in order to survive.

it's time to move out.

adios ma prens. catch ya later.

in a better times.

Wednesday, October 06, 2004

Cikgu. Cina. Kelantan.

Kombinasi yang jarang kedengaran tapi tambah menarik bila ia mampu menulis dalam bahasa Melayu selancar remaja Melayu mencarut dalam bahasa Inggeris.



Monday, October 04, 2004

blog vs mainstream journalism

Akhirnya kita sampai jua di sini.

Pertembungan antara blog dan akhbar-akhbar aliran utama. Pertembungan antara pendapat peribadi dan pendapat yang dikutip dari orang-orang ketiga yang diapi-apikan oleh ahli-ahli politik yang cepat benar melatah. Persundalkan saja axiom tentang laporan yang telus, adil dan tidak memihak. Lebih teruk dari blog yang ternyata adalah pendapat peribadi yang bias, akhbar-akhbar utama juga sering saja menjadi tunggangan ahli-ahli politik (terutamanya dari pihak kerajaan) untuk meraih populariti dan undi. Malah lebih dari itu, akhbar-akhbar utama sudah menjadi alat propaganda utama kerajaan.

Ketepikan dahulu soal Islam Hadhari. Perperangan ini adalah pertunjukan percuma tentang "politik kelent*t".

Nampaknya kebanyakan jurnalis akhbar-akhbar utama (termasuk juga semua ahli politik yang merepek-repek dan menghambur segala tok nenek jenis ugutan) masih lagi duduk di bawah tempurung. Tidak mampu membezakan antara blog dan forum. Tidak dapat membezakan antara tulisan penulis blog dan pendapat pembaca blog.

Dan lebih tolol lagi jika ada yang bergantung pada pendapat pihak ketiga dan bergantung padanya seolah-olah itulah sumber yang asli.

Tidak malukah menjadi anjing-anjing yang menyalak pada bukit yang salah?! Ini bukanlah soal kebebasan bersuara. Tapi nampaknya segala tok nenek jenis ugutan ternyata sudah ditujukan pada pihak yang salah. Jeff Oii dibentak-bentak supaya memohon maaf sedangkan 'Anwar' terlepas begitu saja. Jeff Oii nampak seperti mangsa dendam pihak akhbar dan mainan baru politikus berakal kelent*t.

Aku bukan mahu melompat ke atas gelombang yang aku kira boleh memancutkan kemasyhuran segera. Tapi kuasa gelombang ini tidak boleh diperkecilkan. Inilah bukti bahawa pena blog setangkas dan selincah pena akhbar-akhbar aliran utama.

Kontroversi Screenshots adalah satu lagi bukti bullshitasi yang terhasil dari percampuran akhbar dan ahli politik.

Kebenaran akan terserlah akhirnya.