Friday, August 30, 2002

Epik Duka Sekepal Tanah

Mengikut baris-baris tawarikh
Tanah ini asalnya maha luas � maha gagah � maha kaya
Dari kaki langit ke kaki langit
Berdakap darat ke darat berpeluk laut ke laut
Berjalan pergi tujuh keturunan
Berpatah pulang tujuh keturunan

Jika digali batu di gunung yang dapat adalah permata
Jika ditanam pohon di lembah yang tumbuh adalah emas
Jika diceduk air di sungai yang teguk adalah madu

Di dalamnya hidup rukun pustaka
Bangsawan asal dari kayangan
Pahlawan gagah dan pedagang kaya
Juga rakyat darah biasa

Berhubung tulis dalam Jawi, tutur dalam Melayu

Maka dipanggil sekelian alam akan ini Tanah Melayu

sekarang ini
cuma tinggal sekepal saja
itupun terbahagi / terbelah / tercerai di mana-mana

jika dipandang ke depan yang ada
gedung batu penuh gila
jika ditoleh ke belakang yang ada jentera enjin penuh sewel
gunung permata telah diperkosa dan dipaksa menjadi pelacur kilang
lembah emas telah diteroka, dibinasa dan dibangunkan kota
celaka
sungai madu dicemar dan menjadi longkang
berkumpul segala tahi selepas berak

di dalamnya lumrah kisah sengsara dan mati tidak lagi
menjadi ngeri
orang-orang alim yang baik
difitnah dan disumbat ke penjara
orang-orang bijak yang adil dihina dan dibuang entah
ke mana
rakyat ditipu, ditindas, disepak, dihalau dan dijadikan fakir hina

maka tidak ada apa-apa lagi.
kecuali mereka -

para tengkorak-tengkorak buruk yang pernah mencabar kesamsengan Tuhan
belum habis-habis sibuknya bersidang bagaimana cara
tanah sekepal ini akan dibahagi-bahagikan
sesama mereka.

muring-wien
Hallstadt, Austria Jam 21:54:02, 27 Ogos 2002

Monday, August 26, 2002

"small people will feel that they have the power to be big if they treat other people like whatever you are treated at the moment."

hmmm... teringat plak ngan Napoleon complex. aku rasa korang kenal siapa Napoleon nih. orangnya kecik jek tapi powerful.

ada orang cakap, kalau dia tak kecik tak mungkin dia berjaya jadi emperor. "I live only for posterity," cam yang dia pernah cakap, "death is nothing . . . but to live defeated and without glory is to die every day."

Saturday, August 24, 2002

kuasa tuhan.

turun kat stesen BTR, aku rasa pelik sikit. jalan masih kering. belum setitik hujan pun turun lagi sedangkan aku dah basah lencun. turun dari bas 174A di depan hospital kl, hujan memang dah turun ngan lebatnya. aku takde pilihan lain, selain berlari tanpa payung saja ke stesen Titiwangsa untuk ke BTR. sesampai aku ke stesen Titiwangsa, memang abis basah lencun. aku duduk dalam tren macam tikus kena rendam. air menitik membasahi lantai tren. aku percaya kalau orang tu naik di Stesen BTR mesti dia pelik. hujan takde ribut takde lantai tren boleh basah plak.

kalau tak kerana janji memang tak hingin aku meredah hujan lebat. ditambah pula ngan mood aku yang kurang baik. nasib baik la aku ni kalau marah, cuma terbakar dalam hati jek. kalau betul-betul terbakar, mungkin pagi ni keluar berita mayat seorang lelaki yang ditemui rentung dalam hujan lebat!!!

makin lama aku stay kat opis, makin banyak kerja yang dicampak kat aku. nak print pun mintak aku buat. dah la dokumen tu aku yang scan dan edit. pastu bila boss sederhana besar mintak baru terhegeh-hegeh nak print. nama jawatan di card lain tapi sebenarnya skop kerja aku cuma taraf opis boy jek. :|

tu dah menambahkan satu lagi sebab musabab kenapa aku perlu berhenti. setengah orang kerja sebab nak kejar kepuasan. setengah orang plak sebab nak kerja wang besar. aku? puas takde wang pun kurang. kalau ada wang besar mungkin terubat juga hati yang sakit tapi bila poket kosong, hati pun parah baik berhenti jek. sekurang-kurangnya dosa mengumpat tu boleh dikurangkan.

"berhenti jangan tak berhenti!"

Friday, August 23, 2002

Dia seorang perempuan. Baru seminggu kehilangan teman lelaki yang diragut barah otak.
Datang seorang lelaki. Memberi sinar baru dalam hidupnya.
Tapi malangnya perempuan itu tidak tahu yang lelaki sudah beristeri dan mempunyai seorang anak.

"Bila kau nak berterus terang?"
"Belum masanya lagi. Perempuan itu dalam kesedihan. Aku cuma nak gembirakan dia."

Gembirakan dia dengan memberi harapan palsu?

Thursday, August 22, 2002

Dia seorang perempuan

....Suka di belai dan di manja
Tapi tidak suka di kongkong
....Suka di sayang dan di puji
Tapi tak suka di keji
....Suka berkorban atas nama cinta
Pada seorang lelaki
....Dia yang di kenang sebagai seorang isteri dan ibu
....banyak yang perlu di pelajari darinya

thanks ct musafir sebab abiskan apa yang aku mulakan. :) but that's not exactly i had in mind yesterday. takpelah. aku akan ceritakan di lain kesempatan.

Tuesday, August 20, 2002

aku ingat nak cakap pasal politik. tapi hari ni aku agak depressed sebenarnya. dan bila aku depressed, aku suka dengar lagu dendangan Queen nih. tapi lagu ni la gak yang boleh buat aku menangis.

The Show Must Go On

Empty spaces - what are we living for
Abandoned places - I guess we know the score
On and on, does anybody know what we are looking for...
Another hero, another mindless crime
Behind the curtain, in the pantomime
Hold the line, does anybody want to take it anymore
The show must go on
The show must go on, yeah
Inside my heart is breaking
My make-up may be flaking
But my smile still stays on

Whatever happens, I'll leave it all to chance
Another heartache, another failed romance
On and on, does anybody know what we are living for?
I guess I'm learning
I must be warmer now
I'll soon be turning
Round the corner now
Outside the dawn is breaking
But inside in the dark I'm aching to be free
The show must go on
The show must go on, yeah yeah
Ooh, inside my heart is breaking
My make-up may be flaking
But my smile still stays on

My soul is painted like the wings of butterflies
Fairytales of yesterday will grow but never die
I can fly - my friends
The show must go on
The show must go on
I'll face it with a grin
I'm never giving in
On - with the show

Ooh, I'll top the bill, I'll overkill
I have to find the will to carry on
On with the show
On with the show
The show - the show must go on
semalam gi makan ngan ehem ehem!!!. don't worry, aku tak sempat nak buat apa-apa, escorts dan bodyguards dia ramai sangat. ;p

** ** ** **

ni gambar budak tu.


ni plak gambar mak aku sarung cincin kat tangan budak tu


sorry.. takde gambar close-up cincin la. mau tengok kalu, tengok kat jari budak tu.

Friday, August 16, 2002

Engkaukah si dia yang dijanji?

Hari ini, aku bertanya sendiri
engkaukah si dia yang kunanti
mengisi ruang di hati
untuk bersama-sama
meniti perjalanan hidup yang abadi

Engkaukah si dia yang dijanji?

Malam tiba, aku masih meratap hiba
perginya kekasih melahir duka
tiba-tiba terpandang aku segaris cahaya
darinya hadir seorang pemuda
senyuman diukir buatku terpana

Kelam malam itu
kekasihku pergi meninggalkanku
tika pagi mengetuk pintu
aku terjaga terpaku
apakah salah silapku
hingga kekasihku bertindak melulu?

*sebelum korang termuntah-muntah dah tuduh aku gay, baik aku ceritakan yang sajak di atas tu bukan aku tulis. aku cuma publish je kat website aku nih. imm hezlin yang tulis.
sosej Bunyamin di mana?

nampaknya politik di Malaysia akan lebih sedap dari karipap jika pihak berkuasa dapat membongkar di mana sosej Bunyamin. aku sedar terdapat pihak berkuasa Malaysia yang begitu zalim dan samseng. Tak semua tapi ada!!! dan memang aku ternanti-nanti gak untuk melihat kehebatan mereka menghilangkan sosej di dalam kerak. hebat kan? sehingga Bunyamin bukan sahaja terpaksa menggunakan ilmu cha-alif-but malah ilmu halimunan juga? ;p

woooooooooo!!!! (ikut stail Rick Flair kalau ko tak tengok ucapan Bunyamin yang disiarkan berulang-ulang di TV.)

This gonna be better than doughnut!

Thursday, August 15, 2002

cara bekerja team-work ngan boss-boss ialah diorang kasi arahan, yang kuli-kuli kena ikut dan buat.

kalau kena bekerja di padang, besar kemungkinan sedang ko berlari keliling padang di tengah panas, boss-boss cuma duduk di bawah pokok sambil borak-borak dan gelak-gelak. tapi bila dah tak larat nak berlari dan nak berehat kejap kena marah plak. boss-boss lain tumpang gelak jek. :|

don't question my loyalty to the company if this is how you define team-work?!

Monday, August 12, 2002

Allah itu "samseng"

aku ingatkan cerita ni dah settle. bila cerita ni keluar beberapa minggu lepas aku ingat ia cuma gimik UMNO dan anjing-anjing medianya. tapi nampaknya ada plak siaran ulangan. ;) dan siaran ni berulang-ulang plak!!!

aku percaya jika ayat ini keluar dari mulut ulama UMNO, maka besar kemungkinan dia seperti menadah muka untuk diludah, disepak, ditumbuk dan digelar dengan berbagai nama. tapi ayat ini keluar dari mulut dari mulut Tok Guru sendiri. apakah pemimpin yang sudah melepasi waktu asar itu sudah nyanyuk?

aku rasa jika Tok Guru itu bukan ahli politik sudah lama dia "dikeluarkan padang" seperti nasib yang menimpa Abuya dan beberapa pemimpin al-Arqam yang lain.

tapi bukan itu yang aku mahu persoalkan di sini. atas pentas politik, tiada mata yang terbuka untuk menerima apa yang pihak yang sebelah lagi buat. tangan menadah tapi mulut terus meludah. anehnya dunia politik. dunia yang penuh dengan hipokrisi. pertentangan ini akan berlaku terus-terusan atas nama ketidaksamaan politik bukan atas kebenaran. dalam politik yang kita mesti ingat kita di pihak yang benar, pihak yang bukan sekutu kita salah. tiada yang salah melainkan salah belaka.

ooppps.. aku melalut lagi. persoalannya benarkah Allah itu "samseng"? dalam komen-komen yang menolak pendapat ini tidak banyak pun yang menghurai nama Allah yang terlibat itu. bagusnya bila timbul persoalan sebegini, jangan dengar cakap orang lain (terutamanya cakap orang politik) tapi terus rujuk al-Qur'an dan Hadith dan huraian ahli agama yang berwibawa.

� al-Jabbar
Meaning:
THE COMPELLER
1- He who has the ability, with force, to make people do whatever He wants.
2- He who repairs all broken things, who completes that which is incomplete.

Related Verse From The Koran:
He is Allah, than whom there is no other God, the Sovereign Lord, The Holy One, Peace, the Keeper of Faith, the Guardian, the Majestic, THE COMPELLER, the Superb. Glorified be Allah from all that they ascribe as partner (unto Him).
(59:23)

Al-Ghazali says that among men the quality of the Compeller is seen in the holy Prophet Muhammed in as much as he said 'Were Moses the son of Imran alive he could not but follow me, for I am the Master of Adams offspring - and that is no boast'.

� al-Aziz
Meaning:
THE MAJESTIC, THE MIGHTY ONE
He who prevails, and can never be conquered. Exalted in power, rank, dignity; incomparable; full of mighty and majesty; able to enforce His will.

Related Verse From The Koran:
Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things, Who created death and life that He may try you which of you is best in deeds; and He is THE MIGHTY, the Forgiving, Who created the seven heavens one above another; you see no incongruity in the creation of the Beneficent Allah; then look again, can you see any disorder?
(67:1-3)

According to Al-Ghazali this name requires the quality of :
1. being rare,
2. being intensely needed,
3. being difficult to access.

God is the perfection of those three because (1) His rareness is such that He is One, Singular, and nothing is more rare, (2) everything is in need of Him - depending on Him for existence. (3) He is impossible to reach as only God knows God.

As regards the quality in humans this name refers to the eminence of the Prophets and the caliphs and their heirs. Al Al-Ghazali says, "The eminence of each one of them is in proportion to their elevation in rank above easy access and participation and is measured by their concern for guiding creatures".

� al-Mutakabbir
Meaning:
THE MAJESTIC, THE GREATEST
He who is above all, supreme in greatness. He who shows His greatness in all things and in all ways.

Related Verse From The Koran:
He is Allah, than whom there is no other God, the Sovereign Lord, the Holy One, Peace, The Keeper Of Faith, the Guardian, the Majestic, the Compeller, THE SUPERB. Glorified be Allah from all that they ascribe as partner (unto Him).
(59:23)

Al-Ghazali says that the only true pride is God's Pride because it is justified pride since all is beneath only Him.

He counsels that the proud amongst men is the 'knower' who is skilled is renunciation of both the worlds. Removing himself from everything or anything that could distract from the truth. The one who is not a true knower however is merely involved in a transaction - renouncing the things of this world for the things of the next world. The proud one despises every passion and gain that the beasts might conceivably share in.

sebenarnya agak mustahil untuk menterjemahkan nama dan sifat Allah dari bahasa Arab ke apa-apa bahasa pun. Istilah "samseng" yang digunakan tu walaupun agak kasar tapi sebenarnya tidaklah seteruk mana. cuma bila terjemahan itu tidak berapa tepat maka ia telah mengelirukan ramai orang. dan untuk faham apa yang Tok Guru cakap, kita kena merujuk sifat "samseng" itu. bila ko samseng, ko boleh buat apa saja. buat la apa yang ko suka, takde orang berani tegur. nak kena hempuk?!!! tapi kalaulah Allah itu "samseng" ia bukanlah "samseng" yang zalim kerana Allah ada sifat yang lain iaitu pemurah, pengasih dan pemaaf. ketiga-tiga sifat itu mengimbangi sifat "samseng" Allah.

aku rasa niat Tok Guru bukanlah nak menjadikan ahli PAS samseng-samseng sebab Allah tu pun "samseng". niatnya aku rasa nak membuang sifat sombong "samseng" ahli PAS bukan sebaliknya. dia mungkin cuma nak menekan ada yang lebih berkuasa atas kita. tak kira sama ada kita Sultan, PM (bukan P***M**), samseng, taiko, otai, gedebe mahupun mahafiraun jangan sesekali lupa ada yang lagi power dari kita!!!!

maha suci Allah.

Saturday, August 10, 2002

�Good is not good, where better is expected.�
--Thomas Fuller

�Nature is what you may do. There is much you may not do.�
--Ralph Waldo Emerson

�It is a sheer waste of time and soul-power to imagine what I would do if things were different. They are not different.�
--Frank Crane

** ** ** **

staff meeting. as usual meeting ni boleh bertukar jadi kulliyyah.
bercakap pasal kerja. you can't always find a job that suits you comfortably. most of the time you need to adjust your mindset and attitude to suit your job.

tapi besh sebenarnya kalau ko dapat kerja yang memang sesuai ngan minat ko. nak-nak lagi kalau hobi ko tu boleh jadi kerja. benda yang memang ko suka buat tiba-tiba boleh datangkan duit. fuhhhh!!! i'm waiting for that day. ;)

Friday, August 09, 2002



Lagu apa dalam kaset nih?
Bukan Kerana Nama, Syair Laila Majnun, Teratai, Ku Miliki Bayanganmu, Panah Beracun, Kau Yang Satu, Adam Hawa, Jikalau Berkasih, Istilah Bercinta, Senandung Hidup Berbudi, Keliru, Perjalanan Hidup, Budaya & Doa Buat Kekasih

tengok tu.. baru beli tu. plastik pun tak tanggal lagi. :)

semua lagu lama laaaa.... tapi kira ok gak kalau buat album kompilasi nih. tapi yang tak beshnya kalau ada artis yang baru keluar album sebiji dua tapi dah boleh buat album kompilasi The Best of..... yang album yang satu dua ni pun cuma bergantung pada satu killer song (selalunya lagu tangkap leleh). lagu lain cam hampeh!!! cam contohnya, ada satu kumpulan tu ko tak jumpa pun album dia tiba-tiba keluar plak album The Best of... strategi pemasaran apakejadah?!

Lain la kalau ko tu Ramli Sarip ke Siti Nurhaliza ke M. Nasir ke S.M. Salim ke boleh la gah juga kalau buat album kompilasi nih. :|

Thursday, August 08, 2002

"No Viet Cong ever called me nigger"

baru berkesempatan menonton Ali. movie yang bagus dalam teknik fotografi tapi sayangnya, plot movie ni agak mendatar dan character development pun lemah. sesetengah adegan cam dokumentari tapi tak seperti dokumentari tak banyak info baru ko boleh dapat. senang cerita, kalau ni boleh diklasifikasikan sebagai dokumentari, movie ni memang membosankan. at the end, Ali yang cuba ditonjolkan cuma Ali yang berjaya menjadi juara tinju dunia sebanyak 3 kali dan berkahwin banyak.

Lakonan Will Smith memang ok tapi filem ni tak sesuai untuk dia.

it's quite interesting bila diselitkan hubungan Ali dan Malcom X. tonton Malcom X kalau nak lebih kenal.

tapi kalau korang mengharapkan movie yang memaparkan lebih banyak darah dan aksi sila tonton Raging Bull.
gara-gara pen pecah, habis housing handphone aku kena dakwat. hampeh betul la.
mau tak mau, terpaksa la aku cari housing baru. sekarang ni handphone aku dah berwajah baru. ;)
takpe la, kalau pun ada budak tu cakap handphone aku cam kotak pensel budak darjah 3. hark hark hark!!



** ** ** **

hish, pang ko ni.. aku dah kena ikat baru la ko nak ajak gi 7-E jepun. takpe la, aku kirim kat ko je la eh? jangan lupa tau!! aku nak satu bundle eh. boleh lepas ke kastam? ahaks!!!

erk.. sik, aku rasa cukup la kot zaman gitu-gitu. malu kat anak ABU. aku rehat dulu la eh? tunggu dapat lesen agong dulu. heh!!! ooops!!

effa, ko asyik wish aku jek. ko bila lagi? ;p

Monday, August 05, 2002

alhamdulillah! segalanya berjalan lancar. meskipun ada kritikan, tapi kalau nak dengar cakap-cakap besar orang jek payah la. :|
first stage clear. next stage bakal menyusul setahun dua lagi.

yes angah, i know betapa beratnya dugaan semasa bertunang nih. sebab tu aku pada mulanya takmo bertunang. tapi pihak belah sana nanti ingat aku cuma nak main-main ngan anak daranya plak. so mau tak mau, ikat je la dulu. nanti kalau orang lain cop susah la plak. aku pun bukannya laku sangat. ahaks!!
cam uncle ramli pesan: jangan tunggu lama-lama!

ELS? ELC? banyak kenangan pahit, payau, masam, masin ngan kelab ni dulu. heh! hidup lagi ke kelab ni hah?

** ** ** **
ko dah dengar kaset ni nett?

Friday, August 02, 2002

terima kasih for all the well wishes. thank you everybody. ;)

aku rasa cam mimpi. jangan kejut aku. jangan kejut aku sampai cincin dah selamat disarungkan.
selepas subuh esok keluarga aku akan bertolak dari JB. aku harap perjalanan diorang selamat. aku akan cuba jemput dan lead dari tol sungai besi.

** ** ** **

album jiGOMorrison Ramli Sarip : Raja Rock keluar. semua lagu dia memang aku suka gila.... siapa berani nak berkaraoke ngan aku? hark hark hark!!