Tuesday, July 30, 2002

Salam.

Alhamdulillah. Saya merafakkan ucapan terima kasih di atas penelitian berat yang diberikan oleh sahabat terhadap tulisan saya yang dikirimkan kepada laman www.kakiseni.com lewat beberapa hari lalu.

Alhamdulillah. Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pengiriman email oleh sahabat kepada saya dengan menyatakan pendirian kukuh terhadap tulisan saya.

Ya, sudah tiba masanya para cerdik pandai dan ilmuan Melayu bangkit dan memecahkan pintu penjara politik yang mengurung bangsa MELAYU dengan begitu hina dan dahsyatnya. Segala adagium malang yang berlaku ke atas bangsa Melayu sejak dari tamadun Majapahit singgah ke Tuban Kota, Demak, dan kemudiannya Langkasuka, Gangga Negara dan Melaka dan hari ini bangsa yang sama itu membina negara bernama Malaysia. Namun malangnya kepada pemerintah yang diberikan kepercayaan memimpin bangsa ini sekian lama akhirnya membawa kepada jatuh dan lenyapnya tamadun Melayu satu demi satu. Hari ini UMNO yang dahulunya bertanggung jawab menjaga kepentingan tamadun ini walaupun dalam keadaan keliru dan onar namun tidak segila sekarang ini. Di dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Kaba-kaba Minangkabau, Hikayat Terengganu dan puluhan yang lainnya mencatat dengan amat jelas tiga kelemahan bangsa Melayu iaitu fitnah, rasuah, dan khianat kepada bangsa sendiri. Siapakah yang membunuh Jebat. Siapakah yang membunuh Hang Nadim. Siapakah yang membunuh Dang Anum. Siapakah yang membunuh Mahsuri. Semuanya manusia Melayu. Dan hari ini UMNO mengheret ke lembah yang lebih hina iaitu membinasakan tunjang manusia Melayu iaitu bahasanya.

Ya, sahabat mungkin faham apa yang saya tulis kerana sepanjang saya berada di German, Austria, Luxembourg, Belarus, Russia, Sepanyol, Turki, Monaco, Perancis dan Slovakia serta Lithuania dan kebanyakan negara ini adalah negara maju manakala yang lainnya bergerak pantas ke arah itu. Saya terkejut apabila para penjual, para pedagang, para penari, para pelajar, para pensyarah, para profesor di semua negara ini menyatakan adalah gila dan bangsat kepada mana-mana bangsa jika menerima kepentingan bahasa lain melebihi bahasa ibunda mereka sendiri. Di German, Austria, Luxembourg, Leichenstein, dan Switzerland ramai kenalan saya mengatakan pendidikan itu bukan seminar, bukan kertas kerja, bukan perbuatan yang boleh dipinda mengikut sesukan hati.

Di negara-negara kami tradisi pendidikan telah berlangsung ribuan ratus tahun dan ia kekal sampai hari ini. Jika kita lihat di daerah ini dari Russia sampai ke Monaco sistem tulisan mereka sama, sistem bacaan sama, dan segala-galanya. Pendidikan mereka begitu ketat, kukuh dan padat dan tidak boleh dipinda sesuka hati para tiran politik. Nah, sahabat juga berada di Eropah dan pasti memahaminya. Kenapa bahasa Inggeris terbuang jauh di German, Russia, Turki, Jepun, dan Korea manakala Malaysia pula kelihatan mabuk dengan bahasa ini. Namun kita tidak menolaknya tapi itu bukan bermakna kita membuangnya sebaliknya kita harus mengadunnya sebagaimana bangsa ini mengadun bahasa mereka dengan bahasa yang lainnya. Di German, Belarus, Lithuania, dan kebanyakan negara daerah sini semua orang boleh faham bahasa lain yang penting seperti Inggeris, Perancis dan Sepanyol bahkan ada yang faham Portugis tapi bahasa mereka adalah bangunan kepada seluruh sistem yang ada.

Ya, sebagai perkumpulan mahasiswa, teknokrat, ahli fikir, pada ilmuan Melayu yang berada di luar negara sudah tiba masanya kita bersatu dan tunjukkan jalan kepada kaum Melayu yang berfikir bagaimana untuk menghentikan pengkhinatan politik UMNO ini. Kami tidak memusuhi UMNO tetapi kami bimbang jika kita tidak bangkit mereka akan terus tersesat dan akhirnya kita terlambat.

Ya, saya ada seorang kakak angkat berbangsa German. Beliau bukan sahaja begitu baik dalam bahasa Inggeris bahkan begitu baik dalam bahasa Melayu. Inilah contoh sebenarnya ahli politik dalam UMNO hari ini tidak terdiri dari para cerdik pandai lagi. Mereka hanyalah sekumpulan umat perosak yang melihat kepentingan diri di puncak gunung manakala umat terbanyak di tanah rata yang boleh dipijak dan digala.

Sekian, wassalam.
Muring Wien

Monday, July 29, 2002

Jawi telah sekian lama mati kini Melayu pula hendak dibunuh.
oleh Muring Wien

Apakah kita hendak menyalahkan para Sultan Melaka kerana tidak mengajar akan bahasa Portugis kepada rakyat Melaka sehingga menyebabkan jatuhnya tamadun Melayu ini dalam kisah sejarah. Ini kerana jika rakyat Melaka belajar bahasa Portugis sudah tentu orang Melaka akan tahu mengendalikan peluru dan meriam yang dibuat oleh Portugis. Ha ha ha... kadangkala hendak ketawa melihat bagaimana gila dan bangsatnya para pemimpin bangsa Melayu menterjemahkan kemerdekaan dan merealisasikan kemajuan akhir-akhir ini apabila perhatian hanya diberikan kepada soal-soal fizik sedangkan isu nomos atau jati diri, atau budaya, atau cara hidup, atau nilai tamadun dilupakan dan disepak terajang sesuka hati sebagaimana para intelektual Melayu berebut untuk bercakap di kaca tivi biarpun kata-kata yang dibincangkan itu hanyalah taburan sampah yang kadang kala juga lebih bodoh dari anak kecil yang baru menghafal lagu cak kelepik kelepuk kelepa.

Suatu ketika dahulu orang-orang Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai jambatan komunikasi dan penulisannya menggunakan tulisan Jawi. Di atas percaturan bodoh dan singkat para pemimpin Melayu di dalam penaklukan hegemoni politik dan desakan kapitalis mabuk dari Barat, dengan menggunakan alasan yang sama, dan barangkali juga untuk memandulkan bangsa Melayu kepada huruf Arab atau huruf al-Quran secara perlahan-lahan tulisan Jawi iaitu alat menulis akan bahasa Melayu dikurangkan faedahnya, dikecilkan nilainya, dimansuhkan penggunaannya dan hari ini mati. Maka sibuklah pula kaum ini mencanangkan segala macam kaedah bagi mencelikkan orang Islam kepada al-Quran, lahirlah akan teori Iqra�dan segala macam. Sedangkan selama ini pengajian al-Quran tidak pernah susah sepanjang zaman tulisan Jawi diamalkan dan setidak-tidaknya yang penting ketika ini ialah Jawi menjadi lambang, ikon dan indeks kepada suatu bangsa yang bernama Melayu. Atas alasan ini juga, dengan mengatakan fikiran sempit mereka, segala sains tekno hari ini dicipta menggunakan bahasa Inggeris, dan para pelajar Melayu jahil, bangang, dan lemah kerana tidak pandai bahasa ini maka ditabuhkanlah undang-undang oleh orang yang dikata cerdik oleh bangsa Melayu iaitu pemakaian bahasa Inggeris di sekolah dan kembalilah kenangan silam iaitu semasa Tanah Melayu ini dijajah oleh bangsa Inggeris dan setelah sekian lama Birch mati dibunuh olelh pahlawan Melayu hari ini Birch di dalam neraka boleh ketawa kerana perjuangan dan kematiannya tidak sia-sia. Bangsa Melayu akhirnya akur Inggerislah tamadun mereka.

Cuba kita mengembara sekejap ke beberapa tamadun moden dunia yang sedang berlaku di sekeliling kita. Di Eropah terdapat tiga zon utama iaitu son berbahasa German, zon berbahasa Perancis dan zon berbahasa Russia. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh mereka yang bukan sahaja diwarisi dari zaman berzaman dengan pindaan kepada kaedah dan bentuk pengajaran sahaja menjadikan bangsa mereka begitu kuat dan perkasa mempertahankan bahasa dan budaya mereka. Jika kita berada di Berlin lalu berjalan ke Leichenstein dan singgah di Austria dan terus ke sempadan Slovakia, jangan diharapkan ada iklan gergasi memakai kata-kata Inggeris apatah lagi untuk mencari di dalam buku-buku dan segala macam media milik mereka. Sehinggakan hukum tulisan dari abjad ke angka adalah seragam dan sama. Begitu juga di Perancis dan seluruh yon Russia. Namun jika kita bertanya di dalam bahasa Inggeris semua orang akan faham dan boleh menjawabnya tetapi mereka tidak seronok untuk menggunakannya. Adakah kerana keras dan kasar sekali mereka mempertahankan bahasa dan budaya menjadikan mereka bodoh dan kolot, nah! Segala macam pegawai termasuk menteri dan perdana menteri dari seluruh dunia telah datang ke negara-negara ini bagi lawatan rasmi maupun bercuti menghabiskan wang di gunung bersalji dan semua melihat bagaimana kentalnya mereka menjadikan bahasa ibunda sebagai roh kepada tamadun dan kenapa pula sehabis sahaja bercuti, semacam lalok dan mabuk berpekik, kita ubah dasar bahasa kebangsaan, inggeriskan semua kerana dengan bahasa Inggeris kita akan menjadi maju pada mimpi 2020 nanti. Jepun dan Korea barangkali akan terbenam seperti Langkawi di sumpah Mahsuri sekiranya inilah sumpah bahasa Inggeris kepada dunia, tetapi mereka tidak pernah hairan kerana ini hanyalah dongeng yang dibuat oleh kumpulan yang tidak pernah tahu untuk berterima kasih kepada bangsa yang melahirkannya dan mengajarkannya erti alif ba dan ta.

Marilah kita berjalan ke seluruh dunia baru kita tahu hanya England, Ireland dan rantau daerahnya dan Amerika yang berbahasa Inggeris ini sedangkan 97 peratus bumi yang lain tidak pernah meletakkan bahasa ini sebagai syarat kemajuan fizik apatah lagi nomos mereka. Ha ha ha kadangkala kita perlu ketawa dengan kuat kerana melihat sampai sekarang tidak habis-habis lagi epik penjajah ini ada dalam kamus orang kita.

Patutlah hari ini bila berada di Kuala Lumpur, terasa lebih baik berada di London, apa tidaknya, segala macam sudah menjadi bukan milik kita.

*dipetik dari komen beliau untuk KERTAS KAJANG: Kudisnya Bahasa!
bosan la plak kalau bercerita pasal politik jek.;p

hmmm.. situasinya begini. katakanlah kau dan 5 kawan kau bertarung ngan hantu. dan akhirnya kau dan 4 kawan kau maut. tinggallah sorang member ni saja yang hidup. dan member yang sorang ni mempunyai kelebihannya untuk menghidupkan kau kembali dengan mengorbankan dirinya sendiri. akhirnya dia pun mengambil keputusan untuk menghidupkan kau kembali. cuma delimanya di sini, apa yang kau nak jawab kalau polis tanya? tiada alibi. 5 mayat bergelimpangan di sekeliling kau dan cuma kau seorang saja yang hidup. percaya ke diorang ngan hantu?
kalau aku dalam situasi begini. 5 mayat di keliling aku, jangan gatal-gatal nak hidupkan aku balik kalau pun kau mampu. nak-nak lagi kalau kau tak boleh jadi alibi aku. :|

** ** ** **

kau dah kenal perempuan tu bertahun-tahun. cuma menunggu hari jek untuk melangsungkan perkahwinan.
dalam perjalanan melawat kau yang sedang menyambung pelajaran di luar negara, perempuan itu jatuh cinta pula dengan seorang lelaki lain. perjalanannya terganggu sebab kehilangan pasport, duit dan lain-lain lagi. tempatnya bergantung pula adalah lelaki yang ditemuinya.
5 hari perjalanannya tergendala. 5 hari untuk perempuan itu menyelami hati dan perasaan lelaki yang menolongnya. 5 hari dan kau kehilangannya.

** ** ** **

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari kupetik mawar merah
kuselit sekuntum puisi
Tapi sayang, pada siapa kan kuberi?


Bertahun-tahun di dalam bidang seni suara menyanyi lagu melayu tapi masih lagi terpaksa merujuk pada kertas lirik di atas percussion. diorang ni memang patut diberi peluang masuk "Potret Kejayaan". Serious shit!!! Kejayaan Siti Nurhaliza sebenarnya masih tidak seberapa kalau dibandingkan dengan kejayaan mereka ini. Satu-satunya kumpulan muzik bukan Melayu yang berjaya. Diorang masih lagi popular dan diminati oleh Melayu dan bukan Melayu tapi sampai ke hari-hari ini masih tidak reti-reti lagi berinteraksi dalam bahasa Melayu.
Massey!!!!!!!

Friday, July 26, 2002

hari ni khutbah jumaat kat sini memang besh!!!
memula tak paham sangat sebab dalam lughatul arabiah. tapi second half tu dapat tangkap sebab intro dalam english dan terus sambung dalam bahasa melayu. sentuh soal rokok. heh heh heh!!!
nasib baik aku dah berhenti. member aku yang sorang ni asyik sindir member-member yang masih merokok ngan point-point yang khatib utarakan. antara point yang penting bila khatib utarakan soal fatwa. memang terkedu la diorang nih.

** ** ** **

anyway, hari ni meletihkan sebab masih tak abis lagi renovate opis. bukan renovate camne. cuma ubah susunletak almari dan meja. dah la kedai kat bawah ni memang jadi sales dan service centre so memang banyak la barang yang kena angkat. dah la ada orang komplen sebab kedai ni sebenarnya takleh dijadikan opis semata-mata. so kena cari jalan supaya bahagian retails dan services lebih menonjol. space pun bukannya luas sangat. kul 10 malam masih lagi di opis.

NO! NO! NO!!!! I AM NOT A WORKAHOLIC!!!!!

Wednesday, July 24, 2002

aku offline sehari dua ni sebab aku dah pindah opis dari tingkat atas ke tingkat bawah. so aku warm up dulu dengan melayan tetamu.

** ** ** **

erk.. sori la kaezrin aku tengah berehat dari jadi kaunselor nih. kalau ko nak gak aku consult member kau tu, dia kena bayar aku punya consultation fee. heh heh heh!!! nett, jangan lupa bayar consultation fee eh? ahaks!!

** ** ** **

Ct Musafir wrote: "As long as you can buy, people will always spend, and that's what money are for - we can now even bargain on knowledge - the value of knowledge lies on the money you have -but politic is more serious business - you will always spend without your own money"

hmm.... tu la sebabnya kita kena tahu gak pasal politik ni supaya tak kena lelong bodoh-bodoh jek.

** ** ** **

rudy wrote: "Aku rasa cam nak ajak ko, spy, tok rimo, mat jan untuk diskusi hal� ni satu hari."

dalam hidup ni tidak boleh terlalu idealistik. sekali-sekala kena juga jadi pragmatik dan realistik.
memang bagus kalau boleh duduk semeja dan berbincang. but who are we? kita bukannya pemimpin-pemimpin parti politik. we are not the one who make decisions. bukan kita yang menentukan halatuju Islam dan Melayu di Malaysia nih. pilihan yang kita ada cuma mengundi (tak kira parti politik mana) atau tidak mengundi (cam aku ;p). tapi apa sangatlah nilainya undi kita kalau pengundi hantu boleh diupah untuk menukar keputusan pilihanraya? atau kau boleh pegang IC orang lain supaya orang tu tak boleh mengundi?

jadi adalah tidak salah kalau ramai anak muda yang menganggap politik ni 'tahi lembu' saja.
orang sana cakap orang sini fitnah. orang sini cakap orang sana fitnah. dan bila kita selidik kedua-dua belah, memang fitnah yang dilemparkan itu berasas. hark hark hark!!! kalau fitnah dah berasas tu kira bukan fitnah lagi la, kawan!

benarkah mengatakan Tuhan mencarut itu tidak sebesar dosa mempersenda janggut Nabi?
ironinya orang yang menyuruh orang nombor satu turun dan melabelnya sebagai gila kuasa pun sebenarnya bercita-cita mahu menjadi orang nombor satu. soalan aku: mana yang lebih gila kuasa? orang yang tak mahu turun dari kerusi atau orang yang mahu merampas kuasa?!

** ** ** **

amy wrote: "Aku kini diatas pagar tembok yang diorang bina. dan bila aku diatas tembok itu, aku pandang belah kanan, orang islam melayu & aku pandang belah kiri pun sama jugak. dan aku tetap mahu berdiri atas tembok ini. menunggu masa ianya dirobohkan dimana dibawah payung islam dan melayu itu, kita bersama dan bersatu dibawah pemimpin yang adil lagi bijaksana. aku berdoa agar seorang 'superman' yang beriman lagi bijaksana dikalangan kita akan menyatukan orang melayu islam dibelah kanan & kiri aku serta merobohkan tembok batu ini. aku takut aku jatuh. aku tak larat nak berdiri lama� atas tembok tebal ni. aku gayat.. insya Allah.. semoga Allah memelihara kita dari seksa azab neraka. amin.."

di sini kita kena lebih jelas, samada mahu memperjuangkan Islam atau Melayu. Memang bagus kalau kita boleh tegakkan Islam yang boleh memayungi Melayu. tapi yang susahnya kalau kita terpaksa menerima perjuangan Islam yang tidak selari dengan apa yang kita belajar selama ini. macam yang pernah aku utarakan dulu, aku memang tidak mahu memisahkan politik dari Islam. jadi kita kenalah mula berpolitik secara Islam. ada yang boleh kita buat, ada yang kita tak boleh langgar. sifat amarah tu kena kontrol lebih sikit.
pernah terjadi dalam satu peperangan menentang musuh Islam, sebelum Saidina Ali r.a. sempat membunuh musuhnya, mukanya telah diludah. Dan beliau tidak jadi membunuh tapi terus meninggalkan musuh Islam itu. Kenapa? Ko fikirkan sendiri la.
Aku rasa ramai yang pernah dengar cerita nih, tapi bila dalam politik orang buat tak kisah saja. Dan politik Islam di Malaysia ni pun masih belum mampu menunjukkan contoh yang baik. Bila marah, kalau rasa nak maki hantam saja ikut sedap mulut. Yang halal ditinggalkan, yang haram jadi halal.

Friday, July 19, 2002

"Happiness is never stopping to think if you are."
--Palmer Sondreal

"Resolve to be thyself; and know that he who finds himself, loses his misery."
--Matthew Arnold

"Dream lofty dreams, and as you dream, so shall you become."
--John Ruskin

"He has not learned the first lesson of life who does not every day surmount a fear."
--Ralph Waldo Emerson

"Resolve to perform what you ought. Perform without fail what you resolve."
--Benjamin Franklin

"There is no other solution to man�s progress but the day�s honest work, the day�s honest decisions, the day�s generous utterances and the day�s good deed."
--Clare Booth Luce
memaki dan mencarut memang boleh meletihkan, terutamanya jika kau hamburkan bersama kemarahan dan kekecewaan. :| aku letih. masih letih lagi.

Pendang jatuh ke tangan BN. rasanya tidak perlu aku mengulas tentang itu. aku cuma terpikir lebih jauh. tentang halatuju politik dan masyarakat melayu islam secara amnya.

just a short notes, i don't think it necessary to jatuhkan musuh bila ko menyokong sesuatu. kalau dilihat betul-betul, TV3 lebih menonjolkan 'kebaikan' UMNO dan BN. cuma isu maki hamun dari pihak pembangkang itu dijadikan modal sampingan untuk meraih undi simpati. dan sudah semestinya bila satu pihak yang berkuasa atas sesuatu media, maka segala kebaikan pihak pembangkang tidak ditonjolkan. sama juga dengan Harakah, rasanya tidak pernah juga memaparkan kebaikan UMNO. yang nampak hanyalah kehaprakan, kebaruaan UMNO.

berbalik pada isu pembangunan islam dan melayu. sayangnya kita ni terlalu ditekankan dengan kepentingan pembangunan material. mana-mana kawasan yang diduduki PAS, UMNO akan gunakan isu-isu kemiskinan, kemunduran dan tekanan label ekstrimis. dan apa yang cuba disampaikan secara tersirat, kalau nak hidup senang dan bebas undi UMNO dan BN.

maaf kalau aku tersilap, tapi kalau diperhalusi dari sudut pembangunan spiritual pun rasanya tidak banyak berubah. pembangunan spiritual rasanya tidak perlu disandarkan dengan berapa banyak masjid atau surau yang dibina. ianya jauh lebih rumit dari pembangunan material lagi kerana ia lebih menjurus kepada individu. bagaimana kalau pembangunan spiritual dinilaikan pada jumlah meningkat atau turunnya kadar jenayah dan gejala sosial? boleh PAS berbangga dengan pembangunan spritual di Kelantan dan Terengganu?

walaucamnepun, aku tetap setuju ngan tok rimau, kita sememangnya sukar untuk menghakim dengan adil kerana terdedah kepada satu parti dan tidak bersedia untuk menerima hujah satu parti yang lain. tidak kira la sama ada kita UMNO, Keadilan atau PAS. kita lebih senang menghukum. orang tu salah? Tangkap!! ISA!!! maki!!! saman!!!

kita lebih senang melihat parti yang kita sokong sebagai mangsa, tidak sebagai penindas. kalaupun terbukti parti kita memang benar menindas pihak lawan kita boleh pejamkan mata atau buat-buat tak tahu sahaja. atau lebih mudah selak Qur'an dan cari ayat yang boleh sokong pendapat kita. sejujurnya, ini tidak menjurus kepada PAS sahaja. UMNO yang memang sudah tersohor sebagai penindas pun menggunakan taktik yang sama untuk melepaskan diri.

memang amarah itu sifat manusia. tapi sebaik mana kita boleh mengawalnya? apa rasionalnya memaki seseorang individu itu sebagai 'penjual babi' atau 'al-juburi'? haruskah pergi sejauh itu?

Dalam menentang kezaliman, bolehkah kita berlaku zalim? Jika begitu, apa bezanya orang yang ditindas dengan golongan yang menindas?

** ** ** **

yes kak CT Musafir, i'm still alive and kicking. i want to live another thousand days without cigarette. thank you for your concern and support. ;)

Tuesday, July 16, 2002

sia-sia je la ngaku ulamak kalau mulut cam p***mak!!

otak aku hari ni bukan setakat nak kentut, malah nak termuntah, terkencing dan terberak sekali. sorry tok rimau, kalau tok guru dah kasi lesen maki orang takkan takmo pakai kan? ye la cakap baik-baik pun takmo dengar, baik la maki terus. sekurang-kurangnya orang toleh, ye tak?
orang tua tu dah nak mampus bersara pun masih lagi kena maki hamun carut marut. hmmm.. orang nombor dua yang belum berkesempatan duduk di kerusi utama pun dah kena gelar penjual babi yang nak jadi nabi. heh heh heh!!!

salah orang tua gak, ko masukkan dia tu dalam ISA banyak kali sangat. ntah virus apa dah masuk dalam kepala otak dia. langsung takleh betul. sikit-sikit nak mencarut. dulu masa anwar al-juburi dalam UMNO pun kena gak sedas dua. tapi lepas dia disingkirkan takde plak dengar carut marut itu lagi. tapi rasanya belum terdengar lagi kata-kata maaf keluar dari mulut dia. hmm..

lantak ko la nak mencarut, jangan sampai nanti susah nak mengucap dah la. kau sepatutnya lebih tahu halal haram. bukankah berulang kali dalam Qur'an menyebut jangan kau tergolong dalam golongan yang melampaui batas? jaga dulu benda-benda yang remeh ini. islam bukan terletak pada rukun iman dan rukun islam saja. akhlak pun harus dijaga. nak-nak lagi kalau kau anggap diri kau sebagai pewaris nabi.

aku harap korang tak kata dahi aku dah bercop "anjing yang beriman". berulang kali aku cakap, aku ni berkecuali. aku bukan pengundi atas pagar mahupun pengundi hantu sebab aku tak berdaftar sebagai pengundi pun. sia-sia je la kalau korang nak sorokkan IC aku. ;p

memang betul islam dan politik itu tidak harus dipisahkan. tapi tunjukkan contoh teladan yang baik. berpolitik cara islam, kalau kau akui islam itu cara hidup kau. tak guna nak berpolitik mengikut fahaman zionist. the end should not justifies the mean.

bagaimana kau nak akui kau ini pewaris nabi kalau kau abaikan Qur'an dan hadith? bukankah itu harta pesaka yang nabi tinggalkan untuk kita semua? lupakah engkau? itu peringatan untuk dirimu jua, jiGOMorrison. jangan jadi hipokrit!!!!!

Monday, July 15, 2002

some believe that The Protocols of the Elders of Zion is a hoax.
Questions Concerning the Protocols
Anti-Semitic Myths
Proof of an Ancient Conspiracy

** ** ** **

�People may doubt what you say, but they will believe what you do.�
--Lewis Cass

�Aim above morality. Be not simply good; be good for something.�
--Henry David Thoreau

�When the horse is dead, get off.�
--Author Unknown

�He has the right to criticize who has the heart to help.�
--Abraham Lincoln

�Find a need and fill it.�
--Ruth S. Peale

�Go the extra mile. It's never crowded.�
--Author Unknown

Saturday, July 13, 2002

toksik, kalau ada artikel (terutamanya yang episodik, bersiri) hantar jek. erk.. semua orang layak masuk k@r| k@mb|n6. tak pernah ada diskriminasi. cuma yang dah terkumpul kat sini buat masa ni, apa-apa yang aku sempat kutip. aku pun tak mampu nak ronda-ronda ke semua jurnal. lagipun, aku sekarang ni agak busy. mintak maaf bebanyak kalau aku memang tak sempat nak update lagi k@r| k@mb|n6 dengan artikel-artikel yang lebih mengancam.

if you think your articles are good enough to be published in k@r| k@mb|n6, just send them over to deadkafka@yahoo.com or anarkismelayu@yahoo.com. kalau nak submit thru form yang aku sediakan dalam k@r| k@mb|n6 tu, aku tak pasti plak mender tu boleh pakai lagi ke idak sebab dulu ada problem sket on the hosting side. diorang kena saman sebab ada case orang salah guna email form tu untuk tujuan spamming. so, ada artikel hantar jek kat email aku tuh. worait?!

erk.. apa kena mengena 3 ogos ngan k@r| k@mb|n6? heh heh heh!!!

** ** ** **

now i'm reading The International Jew (an abridged version). member aku beli masa open day UIA tu hari. ada satu lagi unabridged version. RM80.00. tapi sepupu dia pun dah beli buku tu, so member aku pun takde la beli yang satu lagi version tuh. tapi abridged version ni yang setakat aku baca, memang besh la. banyak aku tau. buku ni memang popular tapi susah nak jumpa kat kedai buku. it's for you to find out why. ;p

satu lagi yang besh pasal buku ni bila takde copyrights. publisher dia tulis, "reprint or reproduction in any form permitted, in fact, encouraged."

kalau ada masa aku scan dan upload dalam k@r| k@mb|n6. not the whole book la. just the protocols of the elders of zion. wokeh? see ya around, bebeh!!!

Thursday, July 11, 2002

kaezrin wrote: jigo...aku tengah tunggu tarikh 3/8 dengan penuh debar nyer..ahaks!!

erk... apa akan berlaku pada tarikh tu? ada special event ke? aku dijemput ke tidak? ;[

** ** ** **

�It is a most mortifying reflection for a man to consider what he has done, compared to what he might have done.�
--Samuel Johnson

�Between the great things we cannot do and the small things we will not do, the danger is that we shall do nothing.�
--Adolph Monod

Wednesday, July 10, 2002

kenapa ramai siswazah melayu yang menganggur? nak kata ramai yang salah pilih aliran semasa di universiti pun tak berapa tepat kerana mengikut adysyah ramai jek bebudak melayu yang bijak-bijak. ramai je siswazah melayu yang grad dalam bidang IT, engineering, bio etc. tapi kenapa masih ramai yang tidak bekerja?
kau pernah tak tengok iklan kerja yang mana kau akan dihantar ke salah sebuah negara di Afrika tapi kau dikehendaki fasih berbahasa mandarin? pelik gak aku, berapa ramai sangat la orang Afrika yang tau berbahasa Mandarin. setahu aku, orang Afrika yang fasih berbahasa cina pun cuma ada dalam filem-filem Jackie Chan jek. atau mungkin penduduk Hong Kong dah berpindah beramai-ramai ke Afrika selepas China mengambil alih Hong Kong? bukan diorang pindah ke Kanada ke? atau mungkin Kanada tu di benua Afrika sebenarnya? ntah la, korang pikir la sendiri.
beberapa bulan yang lalu ada plak skim graduan menganggur untuk siswazah yang menganggur. aku tak pasti la plak apa input yang akan diberi pada penganggur-penganggur terhormat kita nih. tapi aku rasa kalau susah-susah sangat nak dapat kerja, diorang patut amik je la kursus bahasa mandarin atau kantonis.
satu hari nanti kita kena akui gak, tanah melayu ni bukan melayu yang punya. Tanah Melayu yang ada pun cuma tinggal di gerabak dan stesen KTM. lambat laun, bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah pun dalam bahasa inggeris. ni plak, aku suggest siswazah yang masih tidak bekerja belajar bahasa mandarin atau kantonis. ye la, dah bertahun-tahun kau penat belajar bagai nak pecah kepala otak di universiti tapi bila kau apply kerja, kau ditolak mentah-mentah sebab tak boleh berbahasa mandarin atau kantonis. hangin tak kau?

** ** ** **

air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang!!!

Tuesday, July 09, 2002

aku masih lagi bertahan tanpa rokok. dah berapa lama? ntah la. aku pun dah lost count. yang pasti sudah lebih 40 hari!!!
adik aku tanya, "pil apa kau makan eh nak berhenti merokok?"
heh heh heh!! mana ada pil apa-apa. berhenti je la bila mood merokok dah takde. takyah paksa-paksa nak merokok kalau tekak takmo hisap lagi.

"kenapa kau berhenti hisap rokok?" tanya sorang kawan kat aku selepas kitorang abis menyental mee rebus.
"duit aku selalu tak cukup bila sampai hujung bulan."
"masalahnya aku ni duit selalu cukup plak. mungkin tu yang susah aku nak berhenti."
dia gelak. aku pun tumpang gelak tapi aku harap dia akan berhenti gak. kalau duit bukan penghalang, mungkin kena cari sebab lain plak untuk berhenti.

thanks for the day. aku masih teringat lagi cerita sorang bilal kena tangkap sebab membeli pisang goreng di kedai nombor. hark hark hark!!!

** ** ** **

"The passing moment is all we can be sure of; it is only common sense to extract its utmost value from it."
--W. Somerset Maugham

"Just pray for a tough hide and a tender heart."
--Ruth Graham

"The will to conquer is the first condition of victory."
--Marshall Ferdinand Foch

"You must have control of the authorship of your own destiny. The pen that writes your life story must be held in your own hand."
--Irene C. Kassorla

"Never be bullied into silence. Never allow yourself to be made a victim. Accept no one's definition of your life; define yourself."
--Harvey Fierstein

"Most people are other people. Their thoughts are someone else's opinions, their lives a mimicry, their passions a quotation."
--Oscar Wilde

Monday, July 08, 2002

apa yang aku baru belajar setelah hidup hampir tiga dekad

masalah dalam hidup ni macam anak-anak tangga
kalau ada lima anak tangga, jangan buang masa pikir camne nak sampai ke tangga ke lima dengan sekali lompat. naik la ke anak tangga pertama dulu. sekarang dah tinggal empat anak tangga lagi untuk dinaiki.

masalah dalam hidup ni macam big mac
kalau nak telan sekali hayun memang la kau dah hilang akal. tekak kau bukannya besar sangat. take a small bite. chew. take another bite. chew. lama-lama big mac habis.

masalah adakalanya datang macam ribut, tapi pergi macam semut. ada masalah besar? jangan mati dulu. ungkaikan perlahan-lahan. pecahkan masalah itu kemudian settlekan bahagian yang kecil-kecil itu. cara ini lebih selamat dari kau cuba selesaikan masalah dalam gumpalan yang besar.

Friday, July 05, 2002

so you wanna be a number one?

untuk menjadi orang nombor satu tidak semestinya kau kena tumbangkan orang nombor satu itu sendiri. jalan lain, tumbangkan orang nombor dua!

kenapa?
1. orang nombor dua selalunya adalah waris kepada orang nombor satu. adalah menjadi amalan, bila nombor satu pergi berehat, nombor dua akan jadi pemangku.
2. kebiasaannya, orang nombor dua ni lebih berpengaruh dari orang nombor satu dan nombor-nombor lain. kalau kau cuma tumbangkan nombor satu, kau terpaksa juga bertarung dengan orang nombor dua. jadi buat apa susah-susah nak melawan dua kali? tumbangkan orang nombor dua dan pastikan anda menjadi orang kesayangan orang nombor satu. selalunya bila orang nombor dua dah takde, orang tak pandang sangat orang nombor tiga, empat dan sebagainya.
3. orang nombor dua kebiasaannya menyokong kuat orang nombor satu. diorang ni bila bergabung tak ubah macam ular kepala dua. jadi untuk mengurangkan sokongan orang nombor satu kau terpaksa tumbangkan orang nombor dua.

bagaimana?
1. ibarat menarik rambut dalam tepung. kena hati-hati.
2. kurangkan atau hilangkan terus kepercayaan orang nombor satu kepada nombor dua. kalau orang nombor satu tak percaya tidak apa. cubalah sehingga berjaya. batu kalau kena hari-hari kena titik hujan pun lama-lama lekuk juga.

* orang nombor satu dah nak pergi. orang nombor dua nak naik jadi orang nombor satu. kerusi nombor dua akan kosong. orang nombor satu dah terlepas cakap. orang nombor dua senyap saja tapi orang yang takde nombor dah mula kecoh, "jangan buat spekulasi!". mungkin betul juga. kalau ada orang yang takde nombor ni tak suka orang yang bakal isi nombor dua tu huru-hara juga jadinya kan?

Wednesday, July 03, 2002

al-Fatihah untuk ayahanda seorang teman.
Redhakanlah pemergiannya. Bersabarlah, kuatkan semangat tapi jangan sesekali abaikan segala pesan dan amanahnya.
Dari Tuhan kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali.
dear wawa, i would like to help.. tapi aku tak faham sangat soalan kau.
sori la hari ni hari yang memenatkan aku. aku buat kerja dah macam zombie. aku tak tau apa yang aku buat. :|
aku pun tak boleh view webpage kau sebab server uia banned underscore dalam url. apa bodoh punya sistem ntah. ;p
if you still would like to know how i did what i did with my webpage just shoot me an email at deadkafka@yahoo.com or anarkismelayu@yahoo.com.

** ** ** **

sekarang dibuka untuk pendaftaran: pengajian separuh masa jarak jauh Persijilan dalam Rekabentuk Laman Web. orang tu ingat dia sorang je boleh dapat anak murid? hark hark hark!!!!

Tuesday, July 02, 2002

Mengenai perkara termaksud terdapat hadis yang diriwayat dan ditashih (diperbetulkan) oleh al-Hakim dan ia berbunyi: "Tolaklah kamu hudud itu daripada orang Islam selagi kamu mampu dan sekiranya kamu dapati ada jalan keluar bagi seorang Muslim, maka biarkan dia pergi. Sesungguhnya imam (pemimpin itu) melakukan kesalahan dalam mengampun lebih baik daripada melakukan kesalahan dalam menjatuhkan hukuman.''

The hadith above bothers me a lot. Aku tak dapat nak pastikan kesahihan hadith ni. Ada sesiapa yang boleh tolong? anybody?!!
open day di UIA dah bermula. banyak gerai la jugak. cuma biasaklah kat mana-mana open day, harga dia agak mahal la.
aku sakit tengkuk hari ni sebab tengok awek lalu lalang sampai terkehel leher aku tidur salah bantal semalam. ntah camne la aku tidur semalam. :|

Monday, July 01, 2002

komen pujangga: Alah macam mana nak isytihar pengharaman rokok kalau masih banyak kelemahan, ko ingat agak� mahathir nak isytihar ker pengharaman amalan kroni?

Perokok-perokok sekelian patut berterima kasih kepada orang tua tu kerana melarang Majlis Fatwa Kebangsaan dari mengisytiharkan rokok itu sebagai haram atas alasan tidak mahu berlaku perbalahan dan menjaga kestabilan bangsa dan ugama. ;)
Amalan kronisme? Adakah hanya UMNO dan Barisan Nasional saja yang mengamalkan kronisme?! Orang di Sungai Buloh tu pun pernah didedahkan terlibat ngan amalan kronisme, cuma bila berada di pihak pembangkang sahaja orang-orang yang tidak sealiran dengan kerajaan buat-buat tak tahu dan buat-buat tak nampak. Betul ke PAS atau DAP bersih dari amalam kronisme? Adeh! adeh senak perut aku!!!
Jangan amalkan sistem perundangan double standard? Gajah seberang laut nampak, dinasour depan mata buat-buat tak nampak. Takkan nak tunggu kena pijak ngan dinasour baru nak ngaku dinosaur tu ada depan mata?
Amalan kronisme dalam politik Malaysia ni memang dah lama wujud tanpa mengira parti mana. Kalau tak mau mengaku pun tak bererti amalan tu tak wujud. Mungkin namanya berbeza, tapi amalan tu tetap sama. Adakah kronisme UMNO berbentuk lebih memihak kepada bangsa atau lebih memihak kepada sedara mara? dan kronisme PAS itu benar-benar berdasarkan persaudaraan Islam atau persaudaraan parti?
Kita hidup di zaman siapa engkau atau apa yang kau tahu tidak penting. Siapa yang kau kenal tu yang orang nak pandang.

The end justifies the mean? maknanya, sama dengan kau menghalalkan wang hasil judi untuk menunaikan haji atau berbuka puasa dengan benda-benda haram. The end= tujuan yang murni, the mean=apa-apa saja!!!

** ** ** **

"inilah dia lakonan hidup
di pentas dunia insan berduka
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum dosa"
- dinyanyikan oleh Tan Sri S.M. Salim

tak kira la berapa kali aku dengar lagu ni, aku akan tetap berasa sebak. mungkin sebab rentak lagu nih. mungkin juga sebab lenggok suara Tan Sri yang mengharukan.