Malam Durian Menendang
menonton
Malam Haram di TV1 malam semalam mengingatkan aku tentang
The BIG durian. ber'sms' sebentar teman yang tidur sepanjang hari kerana penat beronggeng di PD hari sebelumnya.
kedua-dua cereka ini mempersembahkan isu besar.
Malam Haram berkisar tentang pengharaman UMNO, manakala
BIG durian pula tentang amuk Prebet Adam. walaupun, isu itu nampak berbeza dari segi luarannya namun keduanya tetap berpusing-pusing soal kebebasan media dan kekeliruan rakyat tentang apa yang sebenarnya terjadi. kekeliruan dan kekusutan rakyat di kala ini boleh memungkinkan berlakunya rusuhan. keharmonian kaum menjadi goyah, keadilan mula dipersoalkan. banyak cerita yang terdengar tapi tidak disiarkan yang berlegar-legar di urat khalayak. banyak cerita yang tersiar tidak pula boleh dianggap sebagai berita.
tapi kedua peristiwa yang tersebut di atas tidak setanding dengan gelombang yang dibawa oleh satu lagi 'turning point' yang berlaku pada tahun 1997 bilamana seorang (lagi) TPM disingkir. (damn! kenapa aku tak berani sebut nama dia? hark hark hark!!!). sebelum ni dah ramai TPM kena singkir, tapi DSAI ni lain dari yang TPM-TPM yang terdahulu. lebih besar pengaruhnya dari yang lain-lain. tiada TPM sebelumnya yang boleh menandingi karismanya.
'turning point' ini aku rasa lebih besar dan kuat pula pengaruhnya pada generasi pasca-merdeka berbanding dengan isu pengharaman UMNO dan Prebet Adam. namun isunya masih menyeret kita ke soal kebebasan media dan kekeliruan rakyat. keadaan jadi makin kucar-kacir dan persengketaan politik menjadi semakin hebat.
aku tidak dapat lupakan kekeliruan dan kekusutan orang ramai pada
Malam Durian Menendang, ketika itu aku masih lagi
menjual beer dan kondom bekerja di 7-E. seawal pukul 4 pagi orang ramai sudah datang mencari akhbar. jika sebelum itu suratkhabar sampai paling lewat sekitar jam 7 pagi, tapi mungkin pada hari itu pihak media masih lagi berperang mencari tajuk utama, suratkhabar hanya sampai untuk edaran sekitar jam 9 pagi.
aku tak peduli apa yang terjadi pada hari-hari berikutnya. tapi hari
Malam Durian Menendang boleh dianggap sebagai hari yang kritikal bagi pihak media. kebebasan akhbar? seperti yang kau sendiri sedar beberapa editor akhbar utama disingkirkan dahulu sebelum DSAI disingkirkan.
apa pula
pendapat anda?